Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sook berpotensi pennaman Kenaf – Ellron

0

SOOK berpotensi untuk penanaman kenaf, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfred Angin.

Katanya, daerah kecil di pedalaman Sabah itu memiliki seluas 2,500 hakter (10,000 ekar) di kawasan Tiulon Sook sebagai lokasi perintis pembangunan kenaf.

“Dengan kedudukannya yang terletak di kawasan tanah yang agak rata serta subur sangat sesuai projek perintis ini,”.

“Tanaman ini yang baru bertapak 10 tahun lepas di Semenanjung Malaysia .. dikira masih baru dalam bidang pertanian di Sabah dan Sarawak. Ia menjanjikan pendapatan lumayan kepada para pekebun sekiranya diusahakan secara intensif,” kata beliau.

Ellron yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook berkata demikian di majlis sesi Taklimat Penanaman Dan Industri Kenaf yang diadakan buat pertama kali di Sabah menerusi kerjasama Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN ) dengan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah.

Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus L. adalah sejenis pokok berserat bukan berkayu dan merupakan tanaman jangka pendek. Kenaf tergolong dalam famili Malvaceae dan berada di bawah genus Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman bendi dan juga kapas. Tanaman ini turut diusahakan di China, Myanmar, dan Indonesia.

Kenap boleh dimajukan sebagai salah satu komoditi yang boleh dikomersilkan terutamanya dalam sektor pembuatan.

Taklimat itu diberikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara, Ts Mohd. Fadzhel Mohd. Nasir.

Seramai 150 peserta menghadiri taklimat sehari itu di Dewan Masyarakat Sook.

Hadir di majlis taklimat itu ialah Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook Tony Talasoy, PPM Tulid Casmir Silip, pegawai-pegawai Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah C. K Lau, Helena Sintar serta pemimpin setempat. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA

 

 654 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.