Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kesemua bahagian Bersatu di Sabah masih wujud – Abdul Kadir

Tidak ada bahagian dan cawangan parti Bersatu di Sabah terbubar".

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah (Bersatu) mengesahkan tidak ada bahagian dan cawangan parti itu di negeri itu terbubar.

Setiausaha Bersatu Negeri Sabah Haji Abdul Kadir Bin Abdullah @ OKK Damsal menyampaikan amanat kepada pimpinan parti itu di Bahagian P 180 Keningau

Setiausaha parti itu di Sabah Haji Kadir Bin Abdullah @ OKK Damsal  berkata, kesemua 25 bahagian parti itu di Sabah masih wujud dalam daftar Jabatan Pendaftaran Negara (ROS).

“Parti Bersatu di Sabah pendaftarannya masih kukuh  .. tidak bubar .. dalam Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak ada satu pun bahagian atau cawangan bubar,”.

“Penyusunan dalam badan pimpinan negeri sudah lengkap .. bahagian-bahagian semuanya mempunyai jawatankuasa penuh termasuk sayap-sayap  Serikandi, Armada dan Serikandi Muda,”.

Abdul Kadir menyampaikan watikah perlantikan kepada Ketua Serikandi Bersatu Keningau Elisa Abou

“Cuma satu sahaja di Tenom belum diisi dengan lengkap tetapi ramai yang berminat namun kita mempunyai pandangan yang strategik sebelum memutuskan siapa yang sangat tepat untuk mengemudi bahagian di sana (Bahagian Tenom)

Abdul Kadir berkata, berikutan penghijrahan Datuk Seri Hajiji Noor untuk menubuhkan sebuah parti baharu yang turut disertai oleh pemimpn-pemimpin bahagian mengakibatkan terdapat kekosongan di peringkat Bahagian dan Cawangan parti itu.

“Tetapi kini semuanya selesai dan parti beroperasi seperti biasa,” Katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Bahagian, Ketua Penyelaras  dan Penerimaan Ahli Baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah Bahagian Keningau.

Pesara guru Johnny Anthony Kadau menerajui bahagian itu bagi menggantikan Datuk Azman Hj. Roslan yang kini telah berhijrah ke Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Seramai 28 orang ahli jawatankuasa baharu bahagian itu menerima watikah perlantikan, melibatkan ketua-ketua penyelaras DUN Liawan, Bingkor dan Tambunan.

Seramai 200 ahli baharu turut menyertai parti itu, apa yang Abdul Kadir sifatkan petanda positif menunjukkan parti itu masih berpengaruh dan diterima oleh rakyat di kawasan pedalaman Sabah.

“Ini satu perkembangan yang baik sebab jarang kita lihat parti dalam pembangkang dapat kemasukan ahli-ahli  … dimana-mana ada majlis seperti ini, ada kemasukan ahli,”.

“Saya tegaskan perkembangan ini petanda bahawa sokongan parti Bersatu di Sabah semakin subur,” Katanya.

Ditemui selepas majlis itu, Abdul Kadir yang juga  Setiausaha Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Sabah berkata, tidak ada masalah bagi Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di 73 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Dalam pendirian peribadi saya … saya mahu kalau boleh PN Sabah mesti bertanding semua kepada 73 kerusi,”.

“Macam Keningau tiga DUN itu akan ditandingi oleh Perikatan Nasional sama ada Bersatu, atau pun Gerakan atau pun PAS … tapi saya rasa Bersatu lah  sebab Gerakan tidak ada di sini  dan jangan cakap PAS lah sebab isu-isu agama.,”.

“Jadi ketiga-tiga DUN ini kita minta Parti Bersatu bertanding di sini,” Katanya.

Abdul Kadir berkata, keberadaan parti itu di Sabah masih relevan dengan melihat sokongan padu oleh rakyat di seluruh bahagian.

Berdasarkan dapatan itu katanya,  parti Bersatu pada PRN akan datang turut meletakkan calun di Semporna yang pada prinsipnya kubu kuat Datuk Seri Shafie Afdal.

“Ada orang kata simpan calun di Semporna rugi sahaja .. persoalannya soal maruah  .. kan Bersatu itu ada maruah .. kita harus pertahankan maruah kita ,”.

“Bukan ertinya bertanding mesti menang  .. menang kalah isu kedua .. isu pertama ialah kita mesti pertahankan maruah kita.. maruah apa itu, ialah maruah parti kita yang ditinggalkan , kemudian maruah ahli-ahli kita  dan mereka-mereka yang menyokong dan mengundi parti kita (Bersatu),” Jelasnya.

Abdul Kadir menekankan bahawa masih ramai penyokong parti Bersatu di Semporna namun jumlah untuk memenangkan calun terlalu tipis tetapi cukup untuk menebus maruah.

Beliau optimis bahawa rakyat di Sabah masih berpeluang untuk membuat pilihan pada PRN akan datang pada ketika iklim politik di negeri bawah bayu itu semakin tidak menentu.

“Rakyat pada masa kini semakin keliru dengan lanskap politik negeri yang tidak stabil,” Katanya. –ends/-

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.