Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kesepaduan dan integrasi nasional kunci kestabilan negara – Ewon

0

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kesepaduan sosial dan integrasi nasional adalah kunci utama yang menyumbang kepada kestabilan, keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan negara.

EWON

Selain itu katanya, perpaduan dalam kalangan rakyat juga adalah aset dan tonggak utama menjayakan pembentukan masyarakat dan negara MADANI.

“Bagi merealisasikan aspirasi ini, sudah tentu menjadi keutamaan bagi semua pihak termasuk agensi kerajaan dan syarikat swasta lain untuk bersatu padu dan bekerjasama dalam membantu menggerakkan aktiviti masyarakat demi kesejahteraan sosial.

“Justeru, saya memuji komitmen Bank Rakyat yang secara konsisten melaksanakan pelbagai program dan inisiatif yang memupuk semangat kekitaan dan kesejahteraan bersama yang bukan sahaja memberi manfaat kepada warga

kerja, malah komuniti yang memerlukan dan tidak tertumpu kepada perniagaan semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Ramadan 2024 Bank Rakyat, di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat, baru-baru ini.

Ewon berkata, tema ‘Tulus Ikhlas’ yang dibawa oleh Bank Rakyat dengan peruntukan melebihi RM2.3 juta bagi m program bersempena bulan Ramadan dan Syawal menunjukkan keprihatinan dan kemampuan Bank Rakyat yang sentiasa berusaha memberi nilai tambah dan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan.

Selain itu katanya, ini juga dapat dilihat menerusi perkhidmatan dan kemudahan perbankan, program latihan serta sumber

bantuan kewangan yang disalurkan oleh Bank Rakyat kepada usahawan dan koperasi selama ini telah menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara ini.

“Saya optimis komitmen semua telah membuktikan kesepaduan antara semua pihak yang menjadi faktor utama dalam menyumbang kepada pencapaian memberangsangkan Bank Rakyat menelusuri 70 tahun penubuhannya,” kata Ewon.

Beliau juga merakamkan pebghargaan kepada Bank Rakyat atas sokongan dan dedikasi terhadap sektor keusahawanan dan koperasi negara dalam mencapai aspirasi Malaysia MADANI.

“Sokongan dan kerjasama berterusan Bank Rakyat dalam ekosistem keusahawanan dan koperasi amat berharga bukan hanya untuk kemakmuran seseorang individu tetapi untuk kemajuan kolektif masyarakat dan negara secara menyeluruh,” katanya.

Ewon turut merakamkan ucapan tahniah kepada Dato’ Dr. Mohammad Hanis atas penganugerahan Masterclass CEO of the Year yang diterima di Malaysia Top Achievers 2023 baru-baru ini.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.