PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Sabah melihat perayaan Krismas sebagai wadah penyatuan rakyat.
“Sama seperti sambutan perayaan-perayaan yang lain, amalan kunjung mengunjung dalam suasana harmoni dilakukan oleh seluruh rakyat Sabah tanpa mengira anutan agama dan kaum,”.
“..Inilah signifikan dan harus diteladani,” – Pengerusi Badan Perhubungan PUTRA Sabah, Jeffrus Maimin Rijan dalam perutusannya sempena sambutan Perayaan Hari Krismas 2021 di Keningau pada Jumaat.
Jeffrus mahu perpaduan dalam kepelbagaian bangsa dan agama di negeri bawah bayu itu dipelihara sebagai warisan anak bangsa di negeri itu.
“Benih penghormatan yang ditanam sejak awal dahulu begitu subur. Perbezaan agama tidak menjadi batas penghalang untuk saling berkunjung, duduk dan makan semeja, dalam suasana penuh muhibah.
“Inilah simbol tentang keunikan masyarakat kita dalam kepelbagaian, sekali gus menjadi lambang kesatuan. Begitulah indahnya kita di Sabah,”.
“Semoga Hari Raya Kristmas tahun ini dapat disambut dengan penuh kesyukuran dan terhindar daripada perkara- perkara yang tidak diingini,”.
“Selamat Hari Krismas 2021 dan Tahun Baru 2022”.Katanya
750 total views, 1 views today