PENGGUNA jalanraya di daerah Keningau dinasihatkan supaya tidak memandu atau menunggang kenderaan dalam keadaan pengaruh alkohol.
“.. Ia salah, satu punca menyumbang kepada kes kemalangan jalanraya khususnya kemalangan maut di daerah-daerah pentadbiran IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Keningau,”.
“Pihak Polis IPD Keningau akan sentiasa berada dalam keadaan siap siaga,” – Ketua Polis Keningau, Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Binti Kasim memberitahu media dalam satu kenyataan sempena sambutan perayaan Hari Krismas 2021 di Keningau pada Jumaat.
Nor Rafidah menegaskan, polis akan menjalankan tugas perlaksanaan Undang-Undang Perlembagaan dan Pematuhan SOP (Prosedur Operasi Standard)
Ketua Polis Daerah itu turut menasihatkan masyarakat yang meraikan perayaan itu supaya sentiasa mematuhi pematuhan SOP (Prosedur Operasi Standard) Covid-19 yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Sambut lah perayaan itu secara sederhana disamping keluarga yang tercinta dan jangan lupa kita masih terikat dengan SOP Covid-19,”.
“.. Kita masih dalam Fasa 4 .. sasaran kita ialah memastikan daerah ini (Keningau) Sifar Covid-19,” Katanya dan menambah memerangi pandemik Covid-19 adalah tanggungjawab bersama.
Nor Rafidah menekankan, keharmonian dalam kepelbagain anutan agama di daerah itu perlu dipelihara yang merupakan elemen penting dalam kekuatan perpaduan kaum di daerah itu.
“Setiap individu akan saling menyampaikan ucapan perayaan sebagai tanda hormat bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan diantara kita sebagai masyarakat Malaysia yang berilang agama da kaum,”.
“Pelihara nilai penting ini,” Katanya.
Nor Rafidah mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru 2022 kepada seluruh penduduk daerah Keningau. – Oleh: DGHENRY
1,889 total views, 4 views today