Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kuil matahari Firaun ketiga ditemukan

0

PASUKAN arkeologi Mesir menemukan kuil matahari purba ketiga serta kali pertama ditemukan dalam tempoh 50 tahun semasa melakukan kerja penggalian di Abu Gorab, utara Abusir.

Lapor Daily Mail, kuil-kuil itu dipercayai dibina untuk firaun semasa mereka masih hidup.

Dipercayai hanya sebanyak enam kuil dibina dan setakat ini hanya tiga kuil berjaya ditemukan.

Pakar Sejarah Mesir dari Akademi Sains di Warsaw, Dr. Massimiliano Nuzzolo berkata, pihaknya mengetahui ada binaan berada di bawah kuil batu Nyuserre semasa melakukan kerja penggalian tersebut.

Kuil batu itu dibina oleh Nyusserre, seorang firaun yang memerintah selama 24 hingga 35 tahun, pada akhir abad ke-25 sebelum Masihi yang dikenali sebagai Dinasti Kelima.

“Terdapat pintu masuk yang begitu besar menunjukkan monumen baharu sedangkan binaan seperti itu tiada di kuil matahari yang lain.

“Apabila lebih banyak serpihan dialihkan, ahli arkeologi menemui bekas tapak dua kaki tiang batu kapur putih serta satu koleksi balang yang dipenuhi lumpur.

“Penyelidik beranggapan tapak itu adalah bukti sebuah kuil pernah wujud kerana dilihat sebagai persembahan ritual,” jelasnya.

Kuil itu berkemungkinan dibina semasa zaman pemerintahan Dinasti Kelima.

 

 

 134 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.