Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Langgar SOP, polis Keningau keluarkan 163 kompoun

0

POLIS Keningau mengeluarkan 163 kompoun sehingga pada Sabtu atas pelbagai kesalahan pematuhan Standard Operasi Prosedur (SOP) di daerah ini, kata Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Shahrudin Mat Husain.

Beliau berharap masyarakat di daerah ini terus mematuhi arahan-arahan dari kerajaan dan kerjasama masyarakat setempat di daerah ini termasuk Pedalaman Atas adalah penting dalam usaha melandaikan pandemik Covid-19 pada masa ini.

Beliau memberitahu bahawa cabaran yang dihadapi oleh Polis masakini dalam pandemik Covid-19 di daerah ini adalah semakin tinggi tetapi yang penting disegi penugasan di  peringkat PDRM tidak akan berputus asa menjalankan tugas sejak Mac tahun lalu.

“Penugasan ini kita akan teruskan dari semasa ke semasa terutama dalam mendidik masyarakat  untuk terus mematuh Standard Operting Prosedur (SOP) dalam menangani pandemik Covid-19 ini.

“Itu yang kita laksanakan setiap hari penugasan bukan sahaja di PPV ini tetapi di semua kawasan hotspot kampung-kampung.

“Kalau kita lihat kluster yang wujud adalah kluster komuniti di kampung-kampung terutama sekali dalam perkumpulan semasa pengkebumian, membuat sambutan hari jadi dan lain-lain majlis,” katanya memberitahu pemberita semasa menyertai lawatan meninjau situasi di astaka Kompeks Sukan di sini pada Jumaat.

Lawatan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 Daerah dan Pegawai Daerah, Walter Kenson turut disertai oleh Pegawai Kesihatan Kawasan, Dr Mohamad Norhaizam Ahmad @ Narawi dan pengurusan Komplek Sukan Keningau. – Oleh: EKOK AMIN

 

 652 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.