Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Covid-19 meningkat semula di New Zealand

0

NEW ZEALAND yang sebelum ini gembira selepas bebas daripada pandemik Covid-19 sejak Februari lepas kini mula dilanda kebimbangan.

Sebanyak 21 kes baharu direkodkan di negara itu pada Sabtu dan pihak berkuasa mengesahkan jangkitan baharu yang dikesan dalam kalangan komuniti daripada varian Delta.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern memberi amaran penularan virus COVID-19 dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari lagi.

Penularan jangkitan tersebut dikaitkan dengan pengembara dari Sydney, Australia.

Setakat ini sejumlah 51 kes baharu dikaitkan dengan penularan tempatan dan 18 daripadanya dikesan di bandar terbesar Auckland sementara tiga di Wellington.

Ardern pada Jumaat telah mengumumkan bagi lanjutan perintah sekatan hingga Selasa ini.

Sehingga kini New Zealand merekodkan 2,600 kes positif dengan 26 kematian.

Bagaimanapun, hanya 19 peratus daripada populasinya lengkap divaksin, kadar terendah dalam kalangan negara kaya.

 608 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.