Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Laluan alternatif jalan runtuh Apin-Apin mula dibina – Robert

0

KERJA-kerja mebina laluan alternatif di kawasan jalan runtuh yang menghubungkan Apin-Apin dengan bandar Keningau sedang giat dilaksanakan.

Situasi terkini jalan raya runtuk di KM13.5 Apin-Apin

Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, ia bermula pada Sabtu sebaik beliau mengarahkan kontraktor konsesi penyelengaraan melakukan dengan segera.

“Pagi Sabtu kontraktor sudah memulakan kerja-kerja pembinaan laluan itu,” katanya kepada The Borneo Digest lewat pada Sabtu.

Akses utama yang menjadi laluan penting beribu penduduk  antara Tambunan dan Keningau itu runtuh pada Khamis ekoran mendapan sungai yang banjir selepas daerah itu dilanda cuaca buruk sejak minggu yang lalu.

Robert berkata, sebatang jalan raya alternatif perlu dibina bagi memberi kemudahan penduduk berurusan di kedua-dua daerah berjalan seperti biasa.

Ketika ini penduduk menggunakan laluan jauh melalui Transpegalan untuk sebarang urusan, sama ada dari Tambunan – Apin-Apin atau Keningau dan ianya memanjangkan perjalan panjang kepada penduduk.

“Sebab itu saya arahkan kontraktor konsesi supaya membina laluan alternatif di berhampiran dengan kawasan runtuk itu,” jelas Robert yang juga Wakill rakyat Bingkor.

Kehadiran wakil rakyat itu seawal pagi di lokasi kejadian pada Khamis mendapat pujian warga netizen di seluruh negeri. – Oleh: EKOK AMIN.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.