Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tidak vaksin, sekat pergerakan – DO

0
WALTER KENSON – Pegawai Daerah Keningau

INDIVIDU yang enggan divaksin akan berhadapan dengan pelbagai sekatan kebebasan, kata Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Walter Kenson.

“Pertama tidak boleh keluar daerah, tidak dibenarkan duduk di kedai kopi, mereka tidak dibenarkan masuk supermarket, mereka tidak dibenarkan masuk rumah ibadah, mereka tidak dibenarkan pejabat-pejabat kerajaan, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah, hospital, bank dan banyak lagi,”.

“Anda tidak dibenarkan sama sekali  berada di kawasan kawasan kumpulan ramai,”.

“Adakah anda sanggup pencilkan diri sendiri dan hanya tinggal di rumah tanpa keluar bersosial .. inilah kesan-kesannya kepada individu yang  tidak mahu divaksin,” katan a kepada The Borneo Digest selepas meninjau perjalanan Program Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di kawasan umum Pasar Malam Keingau di sini pada Sabtu.

Beratus penduduk berjaya divaksin pada hari pertama program itu yang diadakan mulai Sabtu dan Ahad ini.

Walter berkata, penguatkuasaan itu bermula mulai bulan ini (September).

Walter yang merupakan Pegawai Daerah Keningau berkata, untuk minta divaksin bukan satu pilihan lagi tetapi satu tanggungjawab wajib kepada semua penduduk di daerah itu.

“Tanggungjawab kepada dirinya sendiri, tanggungjawab kepada ahli keluarga, dan tanggungjawab kepada masyarakat sekeliling,”.

“.. ini kerana pendamik ini melibatkan satu negara .. bukan lagi untuk hidup memilih untuk tidak divaksin,” tambahnya.

Walter menekankan bahawa penduduk di daerah itu perlu faham bahawa situasi kini memerlukan mereka untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan dan keperluan persekitaran.

Katanya, dalam situasi genting pada ketika ini setiap individu sedang berhadapan dengan kemungkinan sebagai pembawa atau sasaran dijangkiti covid-19 jika tidak divaksin.

Tambahnya, persekitaran di negara ini memerlukan individu wajib untuk meminta divaksin sebagai benteng untuk mempertahankan diri daripada virus yang mengancam manusia di seluruh dunia itu.

Mengenai program PPV bergerak itu, Walter  berkata ianya dilaksanakan bagi memberi kemudahan dan peluang kepada individu yang menghadapi kesukaran atau enggan divaksin.

“Kita memilih kawasan pasar malam Keningau kerana lokasi ini menjadi tumpuan,”.

“Tambahan lagi masih terdapat segelintir masyarakat yang dianggarkan 60,000 orang atau 38 peratus daripada jumlah penduduk di daerah itu yang tidak mahu divaksin,”.

“Mereka ini dikalangan yang tidak kisah mengenai pendemik covid-19 .. golongan yang ambil ringan mengenai virus ini .. tidak menyahut galakan kerajaan untuk mengambil vaksin,”, katanya dan memberitahu golongan ini berselerak di seluruh daerah Keningau.

Walter berkata, tumpuan untuk program PPV bergerak itu adalah untuk mengesan dan mencari golongan itu untuk divaksin.

Beliau menasihatkan pemimpin akar umbi khususnya ketua-ketua masyarakat di seluruh daerah itu supaya mengaktifkan peranan untuk membantu kerajaan bagi memastikan setiap penduduk di bawah jagaan mereka memperolehi vaksin dengan segera.

“Kita mahu mereka (ketua-ketua masyarakat) untuk mengenal pasti, memujuk mereka (penduduk anti vaksin) dan mengumpul mereka untuk divaksin,” katanya dan memberitahu pihaknya akan mengatur masa untuk datang ke kampung-kampung itu untuk memberi vaksin kepada penduduk. – Oleh: DG HENRY dan EKOK AMIN.

 

 

 

 4,132 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.