Lelaki maut kemalangan di Nabawan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan mangsa dicam sebagai Putera Azzalie Sulayul, 25.
SEORANG lelaki tempatan maut selepas dihembab dengan kenderaan sendiri dalam satu kemalangan di Jalan Kampung Malampoi, Batu 48, berhampiran Ladang Sawit Felcra, Nabawan (Sabah, Malaysia), pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim memberitahu, tragedi itu berlaku kira-kira jam 7.30 pagi waktu tempatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan mangsa dicam sebagai Putera Azzalie Sulayul, 25.
“Mangsa tercampak keluar sebelum dihempap kenderaannya sendiri,” – Nor Rafidah memberitahu wartawan dalam satu kenyataan.
Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa Kenderaan Proton Wira yang dipandu oleh mangsa dari arah Nabawan menuju ke Kg Pandiwan Nabawan.
“Apabila sampai di lokasi kejadian iaitu satu jalan lurus. Mangsa gagal mengawal kenderaan yang dipandu lalu terbabas ke bahagian kanan jalan dan memasuki kawasan belukar,”.
“Ketika kejadian mangsa memandu secara bersendirian dan akibat kemalangan tersebut mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan disebabkan dihembab oleh kenderaan sendiri,” katanya.
Nor Rafidah berkata, siasatan polis mendapati, kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu Proton Wira tersebut dan dirujuk dibawah seksyen 41(1) APJ 1987 untuk siasatan lanjut. – Oleh: DG HENRY