Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lelaki misteri tinggal di pondok perhentian kenderaan

0

SEORANG lelaki yang tidak diketahui asal usul dan menjadikan pondok perhentian kenderaan yang berhampiran dengan Tugu Peringatan Perang Jepun Keningau sebagai tempat tinggal sejak beberapa bulan yang lalu menjadi tanda soal penduduk persekitaran.

Peliknya lelaki yang berumur dalam lingkungan 40an itu hanya menjawab ‘tidak tahu’ ketika diajukan beberapa pertanyaan, dan pada sepanjang masa duduk bertinggung seolah-olah memikirkan sesuatu yang sangat besar mengenai identitinya.

Wartawan The Borneo Digest yang datang ke lokasi untuk menyusuri latar belakangnya mendapati lelaki berkulit sawo matang itu lebih banyak berdiam diri.

Pemerhatian fizikal menunjukkan lelaki itu memiliki ciri-ciri etnik daripada Indonesia.

Persekitaran tempat duduk perhentian kenderaan yang dijadikan tempat tinggal sangat kotor dengan sampah saraf, selain sebidang canvas direntang untuk teduhannya daripada pancaran matahari dan hujan .

Beberapa kotak air minuman, bungkusan kueh-mueh kelihatan di situ menunjukan kehadiran bantuan dermawan untuk lelaki misteri itu.

Kehadiran lelaki itu di situ bukan sahaja menghalang orang ramai untuk menggunakan kemudahan pondok perhentian kenderaan di kawasan utama bandar kecil Keningau, tetapi mencatatkan kebersihan dan status Tungu Peringatan Perang Jepun Keningau sebagai sebahagian lokasi pelancongan.

Penduduk persekitaran meminta pihak berkuasa tempatan serta agensi-agensi kerajaan berkaitan untuk mengambil tindakan menyiasat kehadiran lelaki misteri itu. – Oleh: EKOK AMIN.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.