Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Hampir kesemua Wartawan di pedalaman mendapat vaksin

0
MARUTIN ANSIUNG

HAMPIR kesemua pengamal media di pedalaman Sabah menerima suntikan sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19.

Ketua Pengarang The Borneo Digest Mohd Khairy Abdullah memberitahu, enam daripada lapan pengamal media yang aktif masing-masing menerima suntikan dos pertama dan kedua.

“Berbaki dua orang daripada The Borneo Digest yang sedang menunggu jadual daripada mysejahtera,” Katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

MOHD KHAIRY ABDULLAH

Khairy menjangkakan peratusan penuh penerima suntikan vaksin dikalangan pengamal media di daerah itu akan selesai dalam tempoh sehingga hujung bulan Jun.

Beberapa minggu yang lalu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin COVID-19, tertakluk kepada bekalan vaksin.

JUBIN KINSIL

Seramai 1,500 petugas media menganggotai Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) serta Persatuan Wartawan Sarawak dan Sabah sedang menerima vaksin itu secara berperingkat.

Mengulas rungutan beberapa pengamal media yang kurang mendapat perhatian sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan sehingga kini, Mohd Khairy berkata, golongan itu termasuk dalam kategori barisan hadapan yang sepatutnya berhak mendapat sebarang bentuk pakej bantuan.

Beliau mahu kerajaan supaya memikirkan nasib golongan itu dalam sudut positif.

“Saya nampak kerajaan memberi perhatian lebih kepada pengamal media di kawasan bandar, atau peranan pengamal media di kawasan pedalaman tidak begitu penting,”.

“.. Namun kami tetap gigih bekerja untuk membantu kerajaan membina negara ini,” Katanya.–  Oleh: ROSANNA EDEZA

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.