Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lelaki warga asing meninggal di bawah pokok, bukan berbaris – DO Keningau

0

PEGAWAI Daerah Keningau Walter Kenson menjelaskan bahawa lelaki warga asing yang meningal  ketika dalam perjalanan untuk  mendapatkan temujanji suntikan vaksin  di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Keningau bukan semasa berbaris.

Katanya, lelaki berumur 57 tahun itu menghembuskan nafas  dikatakan berehat di bawah sepohon pokok, selepas mengadu sakit dada.

“Dia (mangsa) mengambil keputusan untuk berehat dan duduk di bawah sepohon pokok di simpang masuk  Kompleks Sukan Keningau,”.

.“Mangsa rebah dan disahkan oleh sepasukan pegawai perubatan,” katanya kepada The Borneo Digest di sini pada Ahad.

DSP SHAHRUDIN MAT HUSSIEN

Walter berkata, laporan natizen yang tular di media sosial bahawa mangsa rebah dan meninggal ketika berbaris  menunggu giliran untuk divaksin adalah tidak benar dan palsu.

Polis Keningau turut mengesahkan bahawa mangsa rebah dipercayai meninggal dunia di bawah sepohon pokok, luar kawasan Kompleks Sukan Keningau.

Memberitahu dalam satu siaran media, Ketua Polis Keningau DSP Shahrudin Bin Mat Husain berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi.

Menurut siasatan polis, mangsa pada sebelum itu berjalan kaki dari kediamannya yang terletak Kg. Pampang untuk mendapatkan temujanji suntikan vaksin di PPV Keningau yang ditempatkan di kawasan Kompleks Sukan Keningau.

Katanya, setiba berhampiran lokasi mangsa mengadu tidak berapa sihat dan mengambil keputusan untuk berehat di bawah sepohon pokok di luar kawasan Kompleks Sukan Keningau tetapi rebah.

Sepasukan pegawai perubatan dari Hospitak Keningau yang tiba untuk memberi bantuan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Polis  memberitahu kematian mangsa tidak ada unsur jenayah dan mengklifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.