Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lima peniaga rayu bantuan wakil rakyat

Perniagaan terjejas Lockdown

0
JURINAH DIGI

SERAMAI lima orang peniaga di Kampung (Kg.) Labak Baru yang sinonim dengan panggilan ‘Peniaga Pokok Rambutan’, merayu simpati daripada pihak berkuasa kawasan khususnya wakil rakyat di situ agar menghulurkan bantuan untuk meringankan bebanan sepanjang tempoh perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (Total Lockdown).

Sebelum ini kelima-lima peniaga di situ meraih pendapatan lumayan namun perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan kini Lockdown peniaga-peniaga yang membekalkan keperluan penduduk persekitaran terjejas teruk.

“Gerai kami ditutup,” Jelas wakil peniaga Jurinah Digi,44, kepada The Borneo Digest.

Jurinah berkata, mereka sangat memerlukan bantuan untuk keterusan perniagaan kecil-kecilan mereka untuk menampung pendapatan keluarga.

Rata-rata peniaga di situ bergantung sepenuhnya aktiviti berjualan untuk mendapatkan menyara keluarga yang setengahnya tidak mempunyai pendapatan sampingan yang lain.

The Borneo Digest sedang berusaha untuk menghubung Pejabat Daerah Keningau dan wakil rakyat kawasan untuk mendapatkan reaksi.– Oleh: EKOK AMIN

 452 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.