Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Datuk Robert hulur bantuan kepada peniaga Kg. Labak Baru

0
Datuk Robert pemimpin berjiwa rakyat, terima kasih – JURINAG DIJI

ATAS keperihatinan yang tinggi  dan sayangnya kepada rakyat bawahan, Wakil Rakyat Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin tidak menunggu masa yang panjang bagi membantu lima peniaga Kg. Labak Baru yang mendakwa terjejas akibat perlaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (Total Lockdown).

Pada Rabu bungkusan makanan yang berbentuk keperluan asas itu tiba yang disampaikan oleh Pemaju Mukim Bingkor George Dairie.

Pemaju Mukim Bingkor George Dairie menyampaikan bantuan bungkusan makanan kepada salah seorang peniaga ‘Pokok Rambutan’ di Kg. Labak Baru

Pada Selasa The Borneo Digest meneribitkan keluhan kelima-lima peniaga yang dikenali di kampung itu sebagai kawanan peniaga ‘Pokok Rambutan’, yang mendakwa terpaksa menutup perniagaan sebaik perlaksanaan Sekatan Pergerakan ketat.

“Beritahu mereka bahawa saya akan siapkan bantuan dengan segera,” Robert dipetik sebagai berkata ketika menghubungi editor portal ini dari ibu negeri Sabah.

Wakil rakyat itu tidak berada di kawasan pada kelmarin kerana menghadiri mesyuarat rutin kerajaan yang diadakan pada setiap Rabu.

Robert turut memberitahu bahawa bantuan konopi akan dibekalkan kepada peniaga-peniaga itu tetapi hanya akan dihantar selepas tamat perlaksanaan PKP dengan sepenuhnya.

Kelima-lima peniaga itu yang terdiri daripada Jurinah Diji, Jaitin Panantab, Marina Sindatu,Maidan Sindatu dan Misa Bandong merakamkan ucapan terima kasih diatas keperahatinan wakil rakyat mereka itu.

“Kami bersyukur kerana mempunyai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat,” Jelas Jurinah dan memberitahu mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson kerana sentiasa memberi motivasi kepada mereka supaya bersabar menghadapi tekanan sepanjang tempoh sekatan itu berbuatkuasa.

Turut hadir dimajlis penyerahan bantuan itu ialah Ketua Kampung (KK) Jenny Ensong dan Pengerusi JPKK Primus Nuap. – Oleh: EKOK AMIN

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.