Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lori sarat muatan sayur terbakar selepas terbabas di Jalan Kimanis – Keningau

0

PAPAR (Sabah, Malaysia) – Sebuah lori 10 tan yang sarat dengan sayur-sayuran terbakar selepas terbabas di Jalan Kimanis – Keningau kira-kira jam 1.06 minit petang pada Selasa.

Tiga mangsa yang terlibat mengalami cedera ringan yang terdiri daripada Samat Bin Kerama, 37 tahun, Mike Kenzie Felik, 15 tahun dan Usriezal Bin Untik, 25 tahun.

Lori sarat sayur-sayuran terbakar sepenuh selepas terbabas

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu untuk menghantar bekalan pelbagai jenis sayur-sayuran.

Lori tersebut terbakar sepenuhnya dan operasi terkawal kira-kira jam 1.10 minit petang, sementara mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.