Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Merdeka ada dalam jati diri – DO Keningau

0

PEGAWAI Daerah Keningau Walter Knson berkata kekangan pandemik Covid-19 bukan halangan untuk semua rakyat meraikan sambutan Hari Kebangsaan.

Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson (tengah) bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Fred Toyong menyerahkan jalur gembialng kepada anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Keningau.

Katanya, halangan pergerakan disebabkan pematuhan Standrad Operating Procedures (SOP) Covid-19 tidak boleh dijadikan alasan bagi setiap rakyat untuk menyambut hari bersejarah itu.

“Semangat kebangsaan itu sebenarnya semua bermula daripada jati diri masing-maasing,”.

“Semangat kebangsaan itu bukan sahaja diraikan dengan mengibarkan bendera (jalur gemilang) tetapi digambarkan dengan cara hidup kita, toleransi kita, perasaan kita dengan satu dengan yang lain, kita menghormati antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia .. itulah sebenarnya makna Hari Kebangsaan,”.

“Jika kita tidak meraikan sambutan ini dengan cara biasa, tetapi kita teruskan semangat itu dengan membantu antara satu dengan yang lain .. kita sokong menyokong  terutama sekali soal meningkatkan ekonomi dan hubungan kaum .. ini yang sangat penting,” Katanya kepada media selepas menlancarkan Kempen Kibar Jalur Gembilang Daerah Keningau di sini pada Jumaat.

Menjawab satu soalan, Walter berkata, kebenaran broperasi kepada semua peniaga untuk menjalankan aktiviti perniagaan mereka di daerah itu akan dibuka sebaik proses vaksinasi selesai.

“Kerajaan akan membuat langkah yang baharu dan secepat mungkin selepas semua penduduk selesai divaksin,”.

“Apabila situasi kembali seperti biasa kesemua aktiviti perniagaan dibenarkan .. saya beri jaminan bahawa situasi ini kembali normal dalam masa terdekat,” Katanya.

Pegawai Daerah itu menasihatkan penduduk di daerah itu supaya sentiasa mematuhi langkah-langkah memerangi pandemik Covid-19 yang disyorkan oleh kerajaan.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Liawan Fred Toyong mewakili Wakil Rakyat kawasan itu Datuk Annuar  Ayub di majlis itu.– Oleh: EKOK AMIN.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.