
PEMBANTU Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan tapak pemasan tangki utama bekalan air di Bingkor supaya tidak melakukan sebarang gangguan kepada perlaksana projek.
“Keperluan air bersih di Bingkor sangat penting .. saya tidak mahu ada pihak yang menganggu kerja-kerja perlaksanaan,” Katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke tapak tangki utama bekalan air di Bingkor.
Robert yang merupakan Wakil Rakyat Bingkor menasihatkan kontraktor perlaksana yang dilantik supaya mempercepatkan perlaksanaan sebaik peoses dokumentasi selesai.
Terdahulu ketika melakukan lawatan tapak pembinaan Jambatan Kongkrit Kg. Sasaie Jalan Bingkor by Pass Robert berkata, beliau berpuas hati dengan tahap kesediaan kontraktor perlaksana untuk memulakan kerja-kerja pembinaan jambatan itu.
Pada masa yang sama, beliau meminta penduduk supaya memberi kerjasama dengan mematuhi segala arahan supaya menggunakan jalan arternatif sepanjang tempoh kerja-kerja pembinaan berjalan.
![]()