Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Naikkan gred PPD ke DG 54 — Raimie

0

TENOM (Sabah, Malaysia): Datuk Raimie Unggi mendedahkan masih terdapat sebahagian Pegawai Pandidikan Daerah (PPD) di negeri ini masih dalam gred DG 52 yang jawatan mereka setaraf dengan pengetua sekolah.raime bersama pelajar cemerlang

Justeru katanya, kajian perlu dibuat agar gred mereka itu dinaikkan ke DG 54.

“Gred mereka perlu dinaiktaraf,” katanya dan menjelaskan seorang PPD dengan Pengetua mempunyai skop kerja yang jauh berbeza.

“Kita melihat kelayakan PPD itu sewajarnya ditahap yang lebih tinggi,” tambahnya, ketika berucap merasmikan anugerah kecemerlangan akademik dan pelancaran English day di dewan terbuka Kg. Chinta Mata Tenom baru-baru ini.pelajar cemerlang

Raimie merujuk cadangan itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk melakukan tindakan perubahan.

Ahli Parlimen Tenom itu turut menyuarakan masalah kekurangan guru di daerah Tenom dan meminta pihak berkuasa pelajaran negeri untuk menanganinya.

“Kita memerlukan ramai di sini,” jelasnya.

Mengenai majlis itu, Raimie berkata, ia telah memasuki edisi ke-5 pada tahun ini sejak ia dilancarkan pada Tahun 2012 lalu.

“Program ini katalis semangat kepada pelajar dan guru-guru untuk meningkatkan pencapaian akademik di sini,” katanya.

Menurut beliau anugerah itu Berjaya mencapai sasaran untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar, sebagaimana yang disasarkan oleh JPN Sabah.

Selain daripada itu katanya, ia merupakan pengiktirafan dan penghargaan diatas usaha keras yang mereka lakukan dalam mencapai keputusan seperti yang dikehendaki.

Beberapa tahun kebelakangan ini katanya bilangan pelajar yang memperolehi keputusan kesemua A, dan peningkatan dalam setiap mata pelajaran juga sangat membanggakan, yang membuktikan program itu sangat berkesan.

Di majlis itu, Sekolah Menengah SM Chung Hwa dan Sekolah Kebangsaan Chinta Mata masing-masing menerima RM15,000 kerana mencapai peratusan kecemerlangan terbaik dalam semua aspek.

SMK Entabuan dan SK Baru Jumpa RM10,000, SMK Tenom serta SK Tilis menerima RM5,000 setiap sekolah.

Seramai 72 pelajar menengah dan rendah di daerah ini yang mencapai keputusan terbaik dalam pepereksaan STPM, SPM dan UPSR masing-masing menerima sijil penghargaan dan intensif wang tunai. —Oleh KALAWON SALANGIT

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.