Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Naik taraf jalan Kimanis – Keningau — Rubin

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Wakil Rakyat Kemabong Datuk Rubin Balang mendedahkan bahawa kemalangan yang sering kali berlaku di Jalan Kimanis – Keningau, bukan disebabkan laju atau kecuaian tetapi katanya ia berpunca daripada struktur jalanraya yang berbahaya.datuk rubin balang

“Justeru saya mencadangkan agar kerajaan memasukkan kerja-kerja menaik taraf jalanraya itu dalam pakej projek leburaya Pan Borneo,” katanya ketika membahas ucapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Kinabalu hari ini (19 April 2016).

Rubin berkata, kerja menaik taraf jalanraya itu perlu diberikan keutamaan agar ciri-ciri keselamatan dapat dibina dengan segera, memandangkan struktur laluan kawasan itu sangat merbahaya kepada pengguna.

Kecerunan jalanraya itu turut dikenalpasti sebagai antara punca berlaku kemalangan.

“Saya yakin bahawa belum terlambat untuk memohon kepada kerajaan supaya kerja menaik taraf jalanraya ini dilakukan,” katanya. — Oleh DG HENRY

 

 560 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.