Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

NCR Sarawak bukan lagi modal politik pembangkang — Douglas Unggah

0

SRI AMAN (Sarawak, Malaysia): Datuk Amar Douglas Uggah Embas menjelaskan bahawa Hak Adat Bumiputera (NCR) Sarawak bukan lagi modal politik pembangkang yang berkesan.10042016 douglas unggah embas

Ini kerana katanya, kerajaan Sarawak telah mengambil langkah proaktif dengan mengiktiraf dan membantu pemilik mewartakan tanah NCR di seluruh negeri.

“Kerajaan telah melakukan pengukuran perimeter tanah NCR,” jelasnya dan memberitahu ia sekali gus telah mengambalikan keyakinan pemilik NCR bahawa kerajaan tidak berniat langsung untuk merampas tanah-tanah mereka.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu menjelaskan seluas 732,000 daripada 1.5 hektar tanah NCR telah disukat sementara 535 hektar lagi telah diwartakan.

Kerajaan negeri juga katanya telah memberi hak milik individu kepada pemilik, sekaligus menjelaskan kerajaan tidak berjanji kosong tetapi ia terbukti dilaksanakan sebagaimana yang dikehendaki oleh rakyat.

“Semua ini terbukti dan anda boleh bertanya mengenai perkara itu kepada rakyat Sarawak,” katanya kepada pengamal media selepas menyampaikan amanat mewakili Adenan di Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Masyarakat dan Ketua Kaum di sini pada Sabtu (9 April 2016).

Mengenai halatuju politiknya selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke – 11, Unggah berkata – beliau akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi persekutuan sekiranya diberikan jawatan dalam kabinet negeri Sarawak.

Katanya, apa yang penting pada ketika ini ialah memastikan beliau dan Barisan Nasional (BN) Sarawak mencatatkan kemenangan besar pada pilihan raya itu.

“Ya, saya kena letak jawatan menteri kerajaan pusat sekiranya Ketua Menteri Sarawak (Adenan) memikirkan saya perlu memegang jawatan dalam kabinet Sarawak,” katanya.

Unggah merupakan Wakil Rakyat Parlimen Betong.

 

 582 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.