TAMPARAN hebat buat Datuk Elron A. Angin apabila orang kuatnya Janim Charles Ekang melupuskan keahliannya dan parti itu dan menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), sekaligus satu kerugian besar kepada Parti Solidariti Tanah Airku (Sabah STAR) Bahagian Tulid dan Parlimen Pensiangan.
Charles yang merupakan rakan politik Ellron sejak tahun 2006 merupakan tulang belakang kemenangan Ellron selama beberapa penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook, yang membawa kepada perlantikan beliau sebagai Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) kini PPM pada tahun 2008 sehingga tahun 2017.
Ellron dan Charles menyertai parti SabahSTAR pada tahun 2018 dan diberi kepercayaan untuk mengemudi parti itu bagi Bahagian Tulid sementara Ellron di Sook.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 Charles merupakan asset penting kepada calun parti Sabah STAR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tu;id yang membawa kepada kemenangan Flovia Ng.
Hubungan Charles dengan SabahSTAR semakin goyah sebaik parti itu membentuk kerajaan melalui Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang memaksa beliau untuk melakukan ulangkaji khususnya mengenai halatuju parti pimpinan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan itu.
Memetik kenyataan Charles selepas menyerahkan borang keahlian kepada PBRS, beliau mengariskan empat sebab utama kenapa menyertai parti itu dan memberi sokongan kuat kepada Datuk Arthur Joseph Kurup.
“ Pemimpin Barisan Nasional (BN) peringkat Persekutuan dan Negeri sangat mendahulukan kebajikan rakyat dan ini terbukti bila mana pemimpin BN bersuara di Dewan Rakyat, mendesak agar wang dalam KWSP dikeluarkan bagi meringankan beban ahli yang terjejas sepanjang pandemik Covid-19 yang telah memberikan menafaat kepada lebih kurang 12 juta pencarum,”
“Kepercayaan terhadap YB Arthur Joseph Kurup sebagai Ahli Parlimen P. 182 Pensiangan serta Timbalan Mnteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonmi) membawa pembangunan di kawasan pedalaman Sabah dan telah terbukti bila mana beliau dapat membawa lebih 700 projek ke Sabah yang sangat diperlukan di kawasan pedalaman khususnya P. 182 Pensiangan,”.
“PBRS mempunyai rekod yang baik dan inilah landasan perjuangan yang betul untuk membela nasib rakyat Sabah yang dahagakan akan pembangunan,”.
“Negara memerlukan suatu bentuk pentadbiran dan kerajaan yang stabil .. saya percaya bahawa Barisan Nasional menjuarai syarat ini kerana sudah terbukti berdasarkan pengalaman yang sangat luas dalam mentadbir negara sejak 60 tahun lepas,” Katanya dalam kenyataan lima peranggan.
Charles berkata, penyertaan beliau dalam PBRS mengambilkira kesedaran tinggi melebihi kepentingan peribadi sebagai faktor utama tindakannya untuk mengambalikan sokongan terhadap BN.
Charles menyertai PBRS bersama 1000 penyokong di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid, sekaligus satu tamparan hebat kepada Ellron di Sook dan Flovia Ng di Tulid. – Oleh: DG HENRY