PENDULU di pedalaman Sabah, Keningau lancarkan Hotline Aduan ingkar sop Covid-19.
Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson memberitahu, hotline aduan itu digarap untuk memerangi rantaian Covid-19 secara habis-habisan dengan menjadikan orang awam sebahagian daripada barisan hadapan.
Hotline aduan itu yang pertama seumpamanya diperkenalkan di daerah pedalaman Sabah bagi membolehkan orang awam berkuasa melapor aktiviti pelanggaran SOP.
“Anda (orang awam) boleh menghantar Aduan melalui nombor 0196051564 (KKM) Dan 0192186913 (PDRM Keningau,”, Katanya kepada media ketika ditemui selepas melancarkan Hotline Aduan itu di perkarangan Pejabat Daerah Keningau pada Sabtu (29 Mei 2021).
Walter berkata, sebelum ini kerja kerja memerangi pandemik itu diletakkan sepenuhnya dibahu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PDRM, Rela, APM, MDK Dan agensi agensi terpilih.
“Mulai Hari ini orang awam dilibatkan dengan semaksimanya untuk melapor aktiviti komuniti yang melanggar SOP,”
“.. Kita beri hak kepada setiap komuniti untuk bertanggungjawab melapor,” Katanya.
Pegawai Daerah itu menambah, dengan adanya kemudahan talian terus itu, orang awam takut untuk melakukan pelanggaran SOP seperti menganjurkan pelbagai bentuk perkumpulan seperti gotong royong, kenduri atau menghadiri majlis-majlis sosial kerana bimbang aktiviti mereka diperhatikan.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri Oleh Ketua Polis Keningau DSP Shahrudin Mat Husain, Pegawai pihak berkuasa kesihatan Daerah, Majlis Daerah Keningau, AngkatanbPertahanan Malaysia (APM), Rela, Majlis Daerah Keningau (MDK) Dan Jambatan Penerangan.
Beliau memberitahu, selepas pelancaran hotline itu pihaknya akan menyediakan statistik harian pungutan kompuan bagi kesalahan melanggar SOP Covid di daerah itu.
“Ia bertujuan untuk kita melihat sama ada covid di Keningau boleh dikawal atau tidak dengan kaedah ini,”
“jika tidak Kita buat kaedah lain,” Katanya.