SABAH menyokong sepenunya perlaksanaan Total Lockdwon, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.
“Lockdown ini diperlukan, sebab kes-kes yang meningkat ini maka kerajaan perlu mengambil tindakan drastik untuk kebaikan kita semua,
“.. Jadi kita sokong dan kita berikan kerjasama,” katanya kepada media ketika ditemui selepas melawat penduduk Kampung Baru Durok yang terjejas dengan pandemic Covid-19 di sini pada Sabtu.
Jeffrey turut menyampaikan bungkusan makanan kepada penduduk di situ.
Jeffrey yang merupakan Ahli Dewan Rakyat Kawasan Keningau berkata, saringan terkini yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Kenigau di Kg. Baru Durok Keningau mendapati 48 daripada 319 orang penduduk positif Covid-19.
Katanya, lapuran terbaru itu memberi petunjuk bahawa situasi sangat menakutkan.
“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya dalam masa-masa sekarang ini dimana meningkatnya kes-kes Covid-19 ini … tambahan lagi dengan terdapatnya varian baharu ini, jangan lah berkumpul atau mengadakan majlis-majlis,”
“.. Tanggukan dahulu apa-apa majlis termasuk sambutan pesta ka’amatan .. saya menasihatkan juga supaya patuhilah SOP,”.
“Dulu kita sudah berjaya sampai dua angka, kita mahu turun sampai satu angka … seboleh-bolehnya kosong, sekarang ini di Sabah naik semula ke tiga angka .. dan sebab itu situasi sangat membahayakan dan akan memanjangkan kesangsaraan kita,” Katanya.
Jeffrey berkata, jika senerio ini berterusan dengan masyarakat tidak memberi kerjasama akan menjejaskan sumber ekonomi rakyat dan kerajaan secara keseluruhan.
“Restoran pun tidak boleh buka (beroperasi), kerja pun tidak boleh dan semua terjejas,” Katanya.—Oleh: EKOK AMIN.