SEBUAH Pasaraya di Tambunan (Sabah, Malaysia) kerugian kira-kira RM120 ribu dan pekerjanya nyaris maut selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang yang tidak dikenali di tempat letak kereta berhampiran Alliance Bank Tambunan pada Isnin.
“Orang yang tidak dikenali itu menghentakkan kepala mangsa di stering kereta, menikam di bahagian sebelah kanan perut dan melarikan wang hasil kutipan pasaraya,” dedah Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Suprintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Binti Kasim dalam satu kenyataan.
Nor Rafidah berkata, mangsa seorang wanita berumur 24 tahun dan bekerja sebagai kerani di pasaraya itu, menerima rawatan awal di Hospital Tambunan sebelum dirujuk ke Hospital Besar Keningau untuk rawatan lanjut.
“Keadaan mangsa stabil .. kecederaan tidak parah,” jelasnya dan menambah kejadian itu berlaku kira-kira jam 1. 34 petang (1434 hrs) waktu tempatan.
Menurut fakta kes, mangsa bersama seorang rakan lelaki berumur 20 tahun menaiki sebuah kenderaan ke sebuah bank (Alliance Bank Tambunan) untuk memasukkan wang berjumlah lebih kurang RM120 ribu.
Mangsa meletakkan kenderaan di parkir berhampiran Tarminal Bas Tambunan – Keningau, Pekan Tambunan.
Nor Rafidah berkata, setiba berhampiran dengan bank itu, mangsa memberitahu kepada rakannya bahawa myKad miliknya tertinggal di kereta.
“Mangsa telah berpatah balik seorang diri ke kenderaan tersebut .. ketika itu seorang lelaki tidak dikenai mendatangi mangsa dari arah belakang dan menghentak kepala mangsa di setering kenderaan,”.
“Mangsa ditikam dengan sebilah pisau di bahagian sebelah kanan perut dan melarikan wang tunai yang berada dalam beg mangsa,” katanya.
Kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Susulan kejadian itu polis telah melancarkan ‘Op Tutup’ di sekitar pekan Tambunan untuk mengesan saspek.
Nor Rafidah merayu kerjasama daripada orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi terus Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau. – Oleh: DG HENRY
![]()