LAGUD (Tenom, Sabah) – Pusat Daerah Mengundi (PDM) Lagud yang menggabungkan kekuatan 12 cawangan UPKO memperkemas strategi dan kesiapsiagaan jentera menjelang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah melalui mesyuarat penting bersama Ketua Bahagian UPKO N.42 Melalap, Junik Bajit.
Mesyuarat tersebut memberi fokus kepada penyelarasan gerak kerja, pengukuhan hubungan akar umbi dan pembinaan momentum sokongan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17).
“Gerak kerja teratur adalah kunci kemenangan. Jagalah kebajikan ahli, rapatkan hubungan dengan penyokong, dan pastikan setiap cawangan melengkapkan borang F-12 supaya undi kekal bersama UPKO,” tegas Junik dalam ucapannya.
Antara cawangan yang menjadi nadi kekuatan PDM Lagud ialah Kg. Talagusu/Lanau, Kg. Pulong, Kg. Napingging, Kg. Luang, Kg. Makaniton, Kg. Liuh, Kg. Lagud, Kg. Binantayan, Kg. Batu Apar, Kg. Tuan, Kg. Dolok, dan Kg. Natanduan.
Turut hadir, Setiausaha CLC UPKO, Jenson Tamio, dan Pengarah Pilihan Raya N.42 Melalap, Pirus Masiri, yang menekankan disiplin gerak kerja, pengurusan data pengundi secara sistematik, dan kekompakan jentera parti.
Mesyuarat ini dilihat sebagai pemangkin utama menyatukan kekuatan akar umbi, sekali gus menempatkan PDM Lagud dalam kedudukan strategik untuk memastikan UPKO terus menguasai Melalap pada PRN-17.
![]()