Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pegalan sumber pengairan sawah — Yahya Husin

0

yahya tinjau kawasan sawah bingkor lama2KENINGAU (Sabah, Malaysia): Datuk Seri Yahya Husin berkata, kerajaan sedang memikirkan untuk menjadikan sungai Pegalan sebagai sumber pengairan bagi jangka IMG-20160411-WA0053panjang di daerah Keningau.

Cadangan ini katanya berikutan sungai Bayayo pada masa kini tidak lagi mampu  untuk menampung keperluan air untuk dialirkan ke kawasan sawah padi yang begitu luas  Bingkor.

“Pegalan adalah cadangan terbaik untuk keperluan ini,” katanya kepada pengamal media selepas menamatkan lawatan kerja ke beberapa lokasi yang terjejas dengan bencana el-nino di sini pada Isnin (11 April 2016).

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu akan mengarahkan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Keningau untuk menyiapkan kajian serius dan terperinci mengenai cadangan itu.

Sepanjang lawatan ke daerah ini, Yahya yang merupakan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, melawat punca air di Skim Pengairan Bingkor, Bingkor Lama, Singahmata dan Sasaie.kawasan sawah yang keringa kontang

Beliau diiringi oleh Wakil Rakyat Liawan, Datuk Sairin Hj. Karno yang merupakan Ketua Umno Bahagian Keningau.

Menteri itu berkata, selain memikirkan bentuk bantuan kepada petani yang terjejas dengan bencana kemarau, Yahya menekankan bahawa fokus kementeriannya ialah untuk meningkatkan sistem pengairan sawah yang lebih mampan.

Beliau mahu petani yang terlibat supaya melaporkan kepada jawatankuasa bencana alam daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah, bagi tujuan penyelarasan sebelum sebarang bentuk bantuan disalurkan.

“Saya akan arahkan agensi di bawah kementerian untuk menyelaras bantuan,” katanya.

Ketika memberi reaksi mengenai arahan menteri itu, Pegawai Daerah Keningau Tuan Hj. Yusop Hj. Osman berkata, beliau akan mengarahkan dengan serta merta pemimpin akar umbi khususnya Pengerusi JKKK untuk mengemukakan senerai nama-nama penduduk yang terlibat dengan bencana kemarau kepada jawatankuasa bencana alam.

“Saya mahu senerai ini dengan segera,” katanya.

Selain Sairin, kesemua ketua-ketua jabatan di bawah kementerian Yahya menyertai lawatan kerja itu, selain pemimpin akar umbi setempat serta pegawai-pegawai teknikal yang terlibat. – Oleh: KALAWON SALANGIT

 

 345 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.