Oleh: DG H ENRY

“SELENGGARA dengan serta-merta,” – Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin mengarahkan kontraktor konsesi supaya bertindak segera untuk menyelanggara kerosakan-kerosakan jalan di daerah Ranau yang terjejas bencana.

Mengeluarkan kenyataan itu kepada media selepas menghadiri taklimat di Pusat Kawalan Operasi Bencana (BKOP) di Ranau pada Selasa, Robert menegaskan akses penting itu perlu diselenggara dengan segera bagi memberi kemudahan kepada pengguna.
Robert turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau supaya mnghantar laporan terperinci mengenai kerosakan jalan-jalan yang terjejas bencana di daerah itu ke ibu pejabat JKR Negeri.
“Saya mahu masalah-masalah ini selesai dengan segera,” Katanya.
Sebanyak 18 buah kampung dan Sembilan batang jalan raya terjejas berikutan hujan yang melanda daerah itu sejak beberapa hari yang lalu.
Pegawai Daerah Ranau Syahrin Bin Samsir menyampaikan taklimat mengenai perkembangan terkini kawasan terjejas bencana di Ranau, yang turut dihadiri Penolong Pegawai Daerah Hasinin Kimsin, Pegawai APM Daerah Adrian Dauli, Asisten Supritenden Polis (ASP) Helvin Ribus dan Pembantu Jurutera Daerah
![]()