Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Mangsa banjir di Sabah meningkat

0

Oleh: DG HENRY, EKOK AMIN  dan ROSANNA EDEZA

KETIKA berita ini ditulis, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat 20 orang, menurut Angkatan Pertahanan Awam.

Ini bermakna mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 3,330 orang berbanding 3,310 orang yng dilaporkan seawall pagi pada Selasa.

APM negeri memberitahu, 3,310 mangsa itu terdiri daripada 1,377 keluarga yang dipindahkan ke 31 PPS yang dibuka di enam daerah yang dilanda banjir. Ia termasuklah antaranya Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid, Sandakan dan Pitas.

Daerah yang terjejas teruk adalah Kota Marudu mencatatkan seramai 2,659 mangsa yang terdiri daripada 1,115 keluarga yang dipindahkan ke 14 PPS.

Di Pitas, mangsa bertambah kepada 307 orang yang terdiri daripada 127 keluarga yang dipindahkan ke empat PPS manakala, di Telupid, mangsa bertambah kepada 228 orang yang terdiri daripada 48 keluarga dipindahkan ke lapan PPS.

Sementara itu, di Paitan, mangsa terjejas banjir menurun kepada 99 orang terdiri daripada 23 keluarga yang dipindahkan ke tiga PPS.

Turut menunjukkan penuruan mangsa banjir adalah daerah Beluran iaitu 38 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS setelah sebuah PPS iaitu Dewan Serbaguna Beluran ditutup pada pukul 3 petang tadi.

Di Sandakan pula, 46 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke sebuah PPS.

APM turut melaporkan banjir berlaku di Kampung Dalit, Sook Keningau namun, belum ada PPS yang dibuka setakat ini.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.