Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pendedahan Awal Kerjaya Penting Bagi Masa Depan Pelajar Luar Bandar – Junik Bajit

0
JUNIK

TENOM, Sabah, 23 Ogos  – Presiden Persatuan Etnik Murut Timugon Sabah, Junik Bajit, menegaskan kepentingan pendedahan awal kerjaya kepada generasi muda sebagai usaha memperkukuh masa depan pendidikan dan pekerjaan masyarakat luar bandar.

Berucap ketika merasmikan Karnival Kerjaya di Tenom pada Jumaat, Junik berkata program itu bukan sahaja memperkenalkan laluan pendidikan dan latihan, malah membuka ruang kepada pelajar membuat pilihan kerjaya dengan lebih jelas.

“Kita mahu pelajar di Tenom, khususnya anak-anak Murut Timugon, mempunyai akses kepada pendidikan dan kemahiran yang luas agar mereka mampu bersaing di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Karnival anjuran Persatuan Etnik Murut Timugon Sabah itu mendapat kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Tenom serta Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling. Antara penyertaan institusi pendidikan dan agensi latihan termasuk Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Pendidikan Guru (IPG) Keningau, Institut Kemahiran MARA (IKM), GiatMARA Keningau, Kolej Geomartika Keningau, Kolej Vokasional Keningau, RISDA dan Jabatan Pertanian.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tenom, Martin Anguk, yang turut hadir, menyatakan sokongan terhadap inisiatif itu, sambil menegaskan penganjuran sedemikian berupaya memperkukuh hala tuju kerjaya pelajar di daerah berkenaan.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.