Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Percepatkan pemberian vaksin kepada penjaja – PBRS

0

PARTI Bersatu Rakyat Sabah ( PBRS)  memohon kepada kerajaan untuk memberi keutamaan kepada peniaga dan penjaja di negeri Sabah supaya diberi suntikan vaksin.

RICHARD KASTUM

Pemangku Setiausaha Agung parti itu, Richard Kastum memberitahu vaksinasi kepada golongan itu sangat penting untuk memastikan kebajikan dan keselamatan mereka terjamin.

“75 peratus daripada golongan itu masih belum menerima vaksin sehingga hari ini,” Katanya dalam satu kenyataan dan memberitahu sebahagian besar daripada mereka telah membuat pendaftaran awal melalui mysejahtera.

Richard yang merupakan Ketua Bahagian PBRS Matunggong berkata, beliau dengan sendirinya turun padang untuk menemui penjaja-penjaja di Pasar Sikuati dan mendapat laporan daripada penjaja bahawa mereka sehingga kini belum mendapat suntikan awal vaksin itu.

“Mereka (Penjaja) perlu perhatian untuk diberi suntikan memandangkan mereka sagat terdedah,”.

“Kita mahu mereka terus berkeupayaan untuk menjana pendapatan dan tidak mahu urusan perniagaan mereka tergendala,” Katanya.

Ketika lawatan ke Pasar Sikuati, , Richard menyumbangkan pengimbas suhu dan pelitup muka kepada penjaja.

 203 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.