Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jalanraya terputus hakisan Kg. Kepayan Lama dirujuk ke penilaian pembaikan JPS – Robert

0
Datuk Robert sedang meneliti lapoan terkini situasi mangsa-mangsa banjir di PPS Dewan Masyarakat Pekan Apin-Apin

WAKIL Rakyat Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, beliau akan membawa masalah jalanraya Kg. Kepayan Lama yang terputus akibat hakisan banjir Sungai Pegalan ke mesyuarat Khas bersama Jabatan Pengairan dan Saliran untuk penilaian pembaikan.

“Saya akan beri perhatian mengenai masalah ini,” Katanya dalam satu kenyataan selepas melakukan tinjauan ke lokasi jalanraya yang terputus di kampung itu, hari ini.

Robert meminta penduduk yang terlibat supaya bersabar.

Sejak Rabu hingga hari ini (Khamis) Robert yang merupakan Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah menghabiskan sepenuh masanya untuk membantu dan melawat mangsa-mangsa banjir di Kg. Gasabon.

Robert sendiri menaiki sebuah bot untuk memujuk mangsa banjir yang enggan berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pagi pada Khamis beliau melakukan lawatan ke PPS Dewan Masyarakat Pekan Apin-Apin untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi banjir di kawasan Apin-Apin dan sempat berbual mesra dengan beberapa orang mangsa banjir di situ.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.