Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Perjuangan saya berlandaskan rakyat – Flovia

0
Wakil Rakyat Tulid Flovia Ng (depan kanan) menerima sumbangan dapur daripada Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) Rugayah Ag. Besar

“PERJUANGAN saya berlandaskan rakyat, sebab itu saya menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk membantu mereka (rakyat),” – Wakil Rakyat Tulid, Flovia Ng memberitahu The Borneo Digest.

Flovia yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Sabah berkata, tumpuan utamanya ialah memastikan tidak ada rakyat di bawah jagaannya terabai.

Flovia (empat kanan) besama Rugayah (dua kanan) dan Victoria (Tiga kanan) mengabadikan gambar kenngan bersama penerima sumbangan tong gas dan dapur di Kg. Minawo Laut

“Rakay berhak untuk menikmati kesamarataan, selain usaha pemulihan, merancakkan ekonomi dan menampilkan imej rakyat yang merdeka,” katanya ketika ditemui di majlis simbolik penyerahan sebanyak 100 buah tong gas  yang disumbangkan oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid, di Keningau pada Isnin.

Pengurus Petronas Sabah Dan Labuan Victoria Jigulan bagi pihak syarikat menyerahkan sumbangan sosial itu kepada Flovia.

Puan Lidwina Binti Blasius dari Kg. Minawo Laut (tengah) menerima bantuan tong gas dan dapur daripada Flovia

Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) turut menyumbangkan dapur kepada DUN Tulid yag disampaikan oleh pengarah organisasi itu Rugayah Ag. Besar.

“Ini adalah sumbangan sosial (CSR) Petronas dan YKS kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid,” jelasnya dan menegaskan ia sebahagian hasil daripada usaha berterusannya untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Flovia berbincang sesuatu dengan Pengarah YKS Rugayah Ag. Besar

Flovia berkata, sasaran penerima sumbangan itu dikalangan kumpulan berpendapatan rendah (B40) atau bottom 40%, dan rakyat yang terkesan dengan bencana.

“Saya sentiasa berusaha untuk memastikan program seperti ini berterusan .. saya akan memohon kepada Petronas dan agensi-agensi lain tujuan ini,” katanya.

Penerima fasa pertama program itu DUN Tulid ialah Lidwina Binti Blasius dan Leo Bin Manil @ Francis dari Kg. Minawo Laut.

Flovia bersama Pengurus Petronas Sabah dan Labuan Victoria Jingulan dan Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) Rugayah Binti Ag. Besar turun padang menyusuri kampung untuk menyerahkan sumbangan itu kepada rakyat yang memerlukan.

 

 673 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.