Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Perlantikan Ismail Sabri sebagai TPM dan Hishammuddin Menteri Kanan langkah yang baik — Kurup

0

PRESIDEN Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup berkata, perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri merupakan satu langkah yang sangat baik dalam memperkukuhkan pentadbiran kerajaan.

Katanya, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang merupakan sebahagian komponen dalam Barisan Nasional (BN) menyokong penuh pelantikan itu,  dan yakin dengan kemampuan kedua-dua pemimpin itu berdasarkan kepada pengalaman serta pencapaian tertinggi yang mereka telah ditunjukkan dalam pentadbiran Kerajaan.

“Pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat dalam waktu yang sukar ini,”.

“Negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk menghadapi cabaran yang sedang dialami khususnya mengenai krisis kesihatan. Ini adalah masa untuk kita memulihkan ekonomi  dan bukan masa untuk berpolitik. Justeru, semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama dalam menangani pandemik ini demi kesejahteraan rakyat,” Katanya dalam satu kenyataan di Kota Kinabalu, pada Rabu.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.