Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

KGNS sokong perlantikan Ismail Sabri dan Hishmmuddin

0

PERSATUAN Kebudayaan Dan Kebajikan Ektnik Kujau Gana Nabai Sabah  (KGNS) menyokong penuh keputusan Perdana Menteri melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan  Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai Menteri  Kanan  Menteri luar.

Timbalan Presiden persatuan itu Yazid Mohd Hasnan Tawik dalam satu kenyataan berkata, KGNS cukup yakin dengan kemampuan kedua-dua pemimpin itu berdasarkan rekod kerja dan pengalaman mereka untuk mentadbir negara ini.

“Tahniah diatas perlantikan ini,” Katanya.

Yazid memberitahu penekanan pada ketika ini ialah tumpuan mengurus negara dalam mendepani pemulihan ekonomi serta menangani pandemik Covid-19.

“PM memerlukan Ismail Sabri dan Hishammuddin untuk membantunya menguruskan negara ini,” Jelas Yazid.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.