Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Peruntukan RM410.39 juta bangunkan sistem pengairan dan saliran di Kota Belud

0
Dr. Kiandee terpegun melihat produk keluaran MARDI

Oleh DG HENRY dan EKOK AMIN

DATUK Dr. Ronald Kiandee berkata,  Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM410.39 juta bagi tujuan membangunkan sistem pengairan dan saliran di Kota Belud.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu berkata, peruntukan tersebut merangkumi 17 projek pembangunan untuk mengatasi masalah air di daerah tersebut.

“Dari aspek pembangunan kawasan, Kerajaan sedang giat membangunkan sistem pengairan dan saliran Kota Belud yang melibatkan kos sebanyak RM410.39 juta untuk mengatasi masalah air.

“Projek pembangunan ini merangkumi 17 projek pembangunan dan melibatkan kerja-kerja naik taraf sistem pengairan dan saliran, pembinaan tali air utama, pembinaan jalan ladang dan infrastruktur lain yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2030,” katanya.

Dr. Kiandee berkata, pembangunan infrastruktur berskala besar ini akan memberi manfaat kepada pesawah dari segi peningkatan hasil sasaran tahap sara diri (SSL) negeri Sabah kepada 60 peratus.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SSB) di sini pada hari ini.

Hadir sama di majis itu, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah, Hendrus Anding, dan Pengerusi Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan), Mohd Arsad Bistari.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.