Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kelewatan pengesanan punca pesakit kanser payudra – Pink Robbon

0
Puan Sri Maniseh Adam menyampaikan cenderahati kepada Datin Seri Cecelia Edwin (empat kanan) sambil disaksikan oleh Pegawai Daerah Keningau Tuan Walter Kenson (Dua kiri)

Oleh ROSANNA EDEZA

KINABALU Pink Ribon mengesahkan statistik terkini menunjukkan pesakit kanser payudara di negara ini disebabkan diagnosis dan pengesenan lewat diterima.

Presidennya Laura Bazan berkata, kegagalan pesakit untuk mendapatkan rawatan awal juga berpunca daripada kurang kesedaran kesihatan payudara, selain faktor ekonomi khususnya penduduk luar bandar.

Datin Seri Cecelia (kiri), Tuan Walter Kenson serta pimpinan KPR, PRWF dan LPPKN ketika melawat pameran sempena majlis itu

“Faktor lain juga disebabkan kekurangan kemudahan,” katanya ketika berucap di Majlis Ceramah Awam dan Bengkel Pesakit Kanser Payudara di Keningau (Sabah) pada Sabtu.

Program koliborasi Kinabalu Pink Ribbon (KPR), Pink Ribbon Wellness (L) Foundation  (PRWF)dan Lembaga Penduduk  dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) itu disertai seramai 100 peserta yang turut dibantu  seramai 35 doktor dan Jururawat Hospital Queen Elezeberth (QEH 2).

Gambar kenangan bersama pimpinan KPR, PRWF, LPPKN bersama Pegawai Daerah Keningau Tuan Walter Kenson

“Program di  Keningau ini menumpukan untuk  mendidik serta memberi kesederan kesihatan payudara dan melakukan pemereksaan,” katanya.

Laura berkata, Kinabalu Pink Ribbon telah memiliki sebuah Advanced Portable Ultrasound Mechine Scan yang ditempatkan dibawah pengawasan Kelinik Rawatan Payudara QEH 2 untuk kegunaan pesakit pada bila-bila masa.

“Mesin ini (Advanced Portable Ultrasound Mechine Scan) boleh digunapakai di lokasi-lokasi tertentu termasuk kampung-kampung untuk kegunaan mengimbas,” katanya.

Advanced Portable Ultrasound Mechine Scan itu diperolehi oleh organisasi itu melalui kutipan dana pada Oktober 2021, dan mempunyai keupayaan yang tinggi bagi mengesan sebarang ketulan yang mencurigakan , seterusnya sasaran biopsy dapat dilakukan oleh pakar perubatan.

“.. Dengan kemudahan ini pesakit mendapat rawatan dengan segera tanpa menunggu temujanji yang memakan masa yang lama,” Katanya.

Laura memberitahu, Kinabali Pink Ribbon telah memilih 10 daerah di seluruh negeri Sabah untuk penganjuran majlis yang sama, iaitu Tuaran, Kota Belud, Keningau, Sipitang, Pitas, Ranau, Papar, Kudat, Beaufort dan Kota Kinabalu.

Majlis itu dirasmikan oleh Datin Seri Cecilia Edwin, isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, yang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, Puan Sri Maniseh Adam, Penaung Oink Ribbon Wellnes Foundation Kuala Lumpur, Datuk Dr. Devanad, Pengasas dan Pengerusi Ping Ribbon Wellness Foundation Kuala Lumpur, Puan Sri Yong Lee Lee, Pengasas dan CEO Pink Ribbon Wellness Foundation Kuala Lumpur. Dr. Hanisah binti Mohd Siddig, Pegawai Perubatan Majlis Kanser National (MAKNA) dan Ketua Jabatan dan Perunding Pembedahan untuk Payudara dan Endokr-in, Hospital Queen 2 Sabah.

 

 349 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.