Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Program Outreach Vaksinasi sangat berkesan – Robert

0
Robert (tiga kiri) mendengar taklimat ringkas petugas KKM kepada penerima vaksin di Mukim Apin-Apin

PEMBANTU Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata Program Outreach Vaksinasi yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangat berkesan dalam usaha memastikan semua rakyat menerima dos wajib itu.

Memuji usaha murni itu, Robert berkata ia perlu diteruskan sehingga kesemua rakyat mendapat dos vaksin dengan mudah dan cepat.

Pada Sabtu program itu bermula di tiga lokasi dalam kawasan pilihan raya Bingkor melibatkan Mukim Apin-Apin, Bunga Raya dan Merampong.

Program itu bermula pada Sabtu dan berakhir pada 25 Julai bagi memberi peluang mudah kepada penduduk untuk menerima vaksin pertama.

Robert yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor memuji petugas program itu apa yang beliau sifatkan kaedah terbaik untuk memastikan semua rakyat di kawasan itu (DUN Bingkor) menerima vaksin.

Program itu dikendalikan bersama oleh KKM, Pejabat Daerah Keningau, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor, Rela dn turut dibantu oleh seramai 18 oang sukarelawan.

Hadir mengiringi Robert ke program itu ialah Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, PPM Bingkor Junior Fred serta pemimpin-pemimpin setempat.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.