Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wanita London marah ditegur jiran berpakaian seksi

0

SEORANG  wanita di Essex London berang selepas menerima surat daripada sejumlah jirannya yang menegurnya supaya tidak berpakaian terlalu seksi di rumah.

Lapor Metro, wanita yang dikenali sebagai Taylor itu menemukan surat tersebut diletakkan di atas keretanya.

Jelas Taylor, dalam surat tersebut, beberapa jirannya memberitahu, anak-anak mereka sering mengadu ternampak dia memakai baju terlalu seksi di rumahnya.

Katanya, keadaan itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan jirannya dan bimbang dia memberi pengaruh buruk kepada anak-anak mereka.

Namun, Taylor mempertahankan tindakannya dengan menegaskan, dia bukannya berbogel atau berpakaian seksi di khalayak umum, tetapi di rumah sendiri.

“Saya berasa agak kecewa dengan surat tersebut kerana mereka (jiran) seperti cuba mengawal kehidupan saya.

“Sedangkan, di dalam rumah sendiri, kita bebas lakukan apa sahaja,” katanya.

Taylor turut menyifatkan teguran itu sebagai ‘pelik’ dan dia enggan memahaminya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.