PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong penuh perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan, dan menyifatkan ia satu langkah yang tepat bagi menghentikan kemelut politik negara.
Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Keputusan itu diputuskan Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Raky
Timbalan Presiden parti itu Datuk Arthur Josep Kurup berkata, kemampuan Datuk Seri Ismail Sabri sangat meyakinkan berdasarkan rekod kerja serta pengalaman luas beliau dalam pentadbiran negara.
“Negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi menghadapi cabaran yang sedang dialami .. Datuk Seri Ismail Sabri mampu mangalas tanggungjawab ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Arthur yang merupakan Ahli Parlimen Pensiangan berkata, Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik dibawah teraju Datuk Seri Ismail Sabri perlu memberi fokus kepada usaha-usaha untuk memerangi pandemic COVID-19, memulihkan semula ekonomi negara serta membantu rakyat yang sedang berdepan dengan detik-detik sukar pada ketika ini.
Beliau juga mahu supaya kesemua parti-parti politik di negara ini mengenepikan perbezaan dan kembali bertaut demi rakyat bagi menyelesaikan isu-isu semasa yang sedang melanda negara.