Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PRU-14 – Jeffrey mahu parti tempatan diberi keutamaan?

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Parti Satar Sabah mahu agar keutamaan hendak diberikan kepada parti tempatan, untuk bertanding tiga suku kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah.

“Kita jangan bertanding di kawasan yang sama, dan ini bererti antara parti tempatan dan kebangsaan hendaklah bertanding di kawasan yang telah ditetapkan dalam konsep 01022016 - jeffrey kitingankerjasama,” jelas Pengerusi parti itu di Sabah – Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.

Jeffrey dipetik sebagai mengeluarkan kenyataan itu sebagaimana yang diterbitkan oleh akhbar Utusan Borneo edisi Isnin (1 Febuari 2016).

Mengenai persiapan PRU-14, Jeffrey berkata, parti tempatan di bawah gabungan Pakatan Sabah Bersatu (USA) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, tetapi tegasnyakerjasama itu perlu memberikan keutamaan yang lebih kepada parti tempatan.

Parti Star, Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Maju Sabah (SAPP) menubuhkan kerjasama di bawah Pakatan Sabah Bersatu yang juga dikenali sebagai USA – Jeffrey merupakan pengerusi pakatan itu.

Kenyataan Jeffrey itu sebagai mengulas kenyataan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin di Kg. Merampong pada pertengahan januari yang meminta parti tempatan di Sabah perlu bekerjasama dengan parti kebangsaan, jika mereka serius untuk menyelesaikan isu negeri dan Negara.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.