Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sabah terima peruntukan RM1.56 billion — Sabri Yaakob

0

KOTA MARUDU (Sabah, Malaysia): Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Sabah menerima peruntukan 28.8 peratus atau RM1.56 billion daripada jumlah peruntukan asal yang berjumlah RM5.4 bilion, untuk membiayai pelbagai projek di negeri itu bagi tahun 2016.01022016 ismail sabri yaakob

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah itu menjelaskan ia merupakan peruntukan terbesar, menunjukkan kerajaan persekutuan tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat Sabah khususnya kawasan pedalaman.

Bagi negeri Sarawak, Sabri berkata negeri Kenyalang itu menerima 26 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan, menjadikan Sabah dan Sarawak diberi keutamaan dalam usaha kerajaan pusat membangunkan kawasan luar Bandar di kedua-dua negeri itu.

Terdahulu ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg. Tinagol Kota Marudu, menteri itu turut mengumumkan peruntukan sebanyak 7.96 juta untuk membiayai projek menaiktaraf jalan Minikodong, RM1.8 juta untuk projek pembinaan 26 unit rumah panjang Kg. Tinangol, RM500,000 untuk membiayai projek pembinaan Gereja Pekan Matunggong serta meluluskan projek tambahan sebanyak 42 unit PBR (Program Bantuan Rumah), menjadikan jumlah keseluruhan rumah mampu milik yang akan dibina di Kota Marudu berjumlah 50 unit.

 486 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.