Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

MKM BINA KAMPUS DI SABAH

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Sebuah kampus Maktab Koperasi Malaysia (MKM)  akan dibina di Sabah, umum Timbalan Pengarah MKM Sabah – Jaibit Jaudin (gambar).01022016 - jaidin

Katanya pembinaan kampus seluas 43 ekar yang terletak di Mangatal itu dijangka akan bermula bila-bila masa pada tahun ini, ia merupakan kampus ketiga di negara ini.

“Ini adalah berita terbaru MKM di Sabah,” katanya dan turut mengumumkan pengembangan cawangan maktab itu di daerah Tawau yang juga pada tahun ini.

Ketika menyampaikan ucapan kepada peserta Bicara Profesional anjuran maktab itu di Keningau, Timbalan Pengarah itu memberitahu  takwim kursus sepanjang tahun telah disediakan untuk  melahirkan koperator yang berkualiti di negeri ini.

Katanya,  koperator yang cekap adalah dikalangan koperator yang berkualiti.

“Mereka perlu memiliki ilmu yang secukupnya,” tambahnya dan mengajak koperator untuk mencontohi rakyat Jepun yang memberikan komitmen 100 peratur terhadap koperasi yang mereka wakili.

Beliau menjelaskan bahawa ruang yang begitu besar untuk untuk membina koperator di negeri ini, dengan melihat penerimaan positif rakyat terhadap bidang koperasi.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.