Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bingkor Ditutup

0
Petugas barisan hadapan PPV Bingkor mengabdikan gambaar kenangan pada terakhir pusat itu ditutup dengan rasmi mulai 16 Oktober 2021

PUSAT Pemberian Vaksin (PPV) Bingkor ditutup secara rasmi pada Sabtu menyaksikan kaunter terakhir itu menarima kehadiran paling ramai iaitu 641 orang.

Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan  Bingkor Dr. Ganesh Kumar A/L Kanniah berkata PPV Bingkor  merekodkan seramai 16,600 penerima vaksin sejak mula beroperasi pada 26 Jun 2021 yang lalu.

“Sasaran pusat ini untuk memberi vaksin kepada penduduk Bingkor tercapai,” Katanya kepada The Borneo Digest di Bingkor beberapa jam sebelum ditutup.

Dr. Ganesh berkata, walau pun masih terdapat segelintir penduduk yang belum menerima dos tersebut yang kemungkinan disebabkan faktor kesihatan dan usia namun mereka boleh merujuk dengan kelinik-kelinik terdekat untuk mendapatkan temujanji.

PPV Bingkor merupakan yang terakhir ditutup di daerah Keningau selepas PPV yang lain ditutup sesentak pada 15 Oktober 2021.

Bagaimana pun tambahnya, PPV di Kompleks Keningau dijangka beroperasi selama dua hari pada 23 Oktober depan untuk melengkapkan dos kedua yang telah memperolehi temujanji pada sebelum ini.

Mengenai vaksin, Dr. Ganesh berkata ia bukan jaminan kekebalan  kepada setiap individu yang telah memperolehi dos tersebut.

“Apa yang sangat penting ialah penjagaan SOP, pemakaian pelitup muka dikhalayak ramai serta penjagaan jarak,”.

“Dos vakin yang telah kita perolehi ada lah permulaan untuk memerangi pandemik Covid-19 .. mungkin ada penyakit-penyakit lain selepas ini .. kita tidak tahu .. sehingga hari ini kita telah berjaya memberikan vaksin kepada penduduk,”.

“Kesannya sangat baik dimana penurunan kes jangkitan Covid-19 sedang menurun di negeri kita khususnya di daerah Keningau,” Jelasnya.

Dr. Ganesh memberitahu bahawa pandemik COvid-19 adalah benar-benar wujud, sahih dan boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Justeru katanya, individu yang belum menerima vaksin disyorkan untuk mendapatkan dos itu dengan segera. – Oleh: EKOK AMIN

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.