Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Puspanita Keningau Sumbang Bantuan Kemanusiaan Kepada Mangsa Banjir Penampang

0

PROGRAM Puspanita Prihatin Keningau ‘Love Bank & Food Bank’ yang disusunatur oleh

Pengerusi Puspanita Cawangan Keningau Ivy Wong (tengah) bersama pimpinan tertinggi persatuan itu mengabadikan gambar kenangan selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kg. Babah Penampang

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Cawangan Keningau berjaya menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Sugud Penampang dan mangsa kebakaran di Kg. Babah Penampang (Sabah) pada Sabtu (25 September 2021).

Bantuan berbentuk pakaian terpakai, barangan elektrik, makanan, keperluan harian dapur seperti pinggan mangkuk dan keperluan mandian digarap bagi tujuan untuk meringankan penduduk yang terjejas dengan bencana itu.

Beberapa kampung di Penampang (Sabah) terjejas teruk ketika daerah itu dilanda bencana kira-kira seminggu yang lalu (15 Septermber 2021) mengakibatkan kemusnahan teruk sebahagian besar akses penting, harta benda awam serta kepentingan penduduk setempat.

“Kesederan itu menerbitkan simpati kami kepada mangsa-mangsa yang terlibat untuk menghulurkan bantuan seadanya kepada mereka,”.

“Puspanita sangat sedih dengan kejadian ini,” Kata Pengerusi Puspanita Cawangan Keningau Ivy Wong kepada The Borneo Digest.

Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson memuji tindakan persatuan itu, apa yang beliau sifatkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa yang terjejas dengan bencana itu.

“Saya menyokong usaha Puspanita ini,” katanya dalam satu hantaran whatsapp kepada The Borneo Digest.

Seramai 12 orang pimpinan tertingga Puspanita yang diketuai oleh Ivy Wong dan timbalannya Ryandianty Maseri hadir untuk menyantuni dan menyampaikan bantuan itu kepada mangsa-mangsa yang terlibat. – Oleh: ROSANNA EDEZA.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.