Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rakyat bersatu bendung ekstremis – DSP Bung

0

Oleh JAAFAR ABD WAHID

KOTA KINABALU: Perpaduan kaum, kesepaduan sosial dan integrasi nasional merupakan kunci utama untuk membina keharmonian, kemakmuran dan kesejehteraan negara, kata Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu memberitahu, tiga eleman itu merupakan kekuatan bagi menghadapi cabaran mendatang bagi memastikan negara kekal aman dan terus makmur.

” Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab bagi  mempastikan kelestarian keharmonian dan kemakmuran ini bertahan dalam satu ikatan perpaduan yang utuh, selari dengan tema Hari Malaysia tahun ini  Keluarga Malaysia,Teguh Bersama” katanya dalam perutusanya sempana  Sambutan Hari Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada malam sabtu ini.

Bung yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana Sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sabah 2022 berkata, sekiranya rakyat Malaysia bersatu hati dan tahu peranan masing-masing ianya mampu membendung perbuatan segelintir golongan yang  bersikap ekstremis yang menabur fahaman perpecahan dan menyemarak api perkauman yang mencetuskan susana tidak aman dalam negera demi kepentingan peribadi.

Sehubungan itu katanya penyatuan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama ‘ perlu dihayati dan difahami bagi membawa kemajuan bersama, antaranya pembangunan infrastruktur, pendidikan, ekonomi, komunikasi dan kemudahan asas, meskipun masih banyak yang perlu dilakukan dan diperbaiki.

“Tanggal 16 Sept, Hari Malaysia tidak kurang pentingnya dengan Hari Kemerdekaan, ia perlu dijiwai oleh seluruh rakyat tanpa mengira bangsa agama dan ideologi politik, kita harus komited mengubah mentaliti segelintir rakyat yang masih tidak peduli signifikan Hari Malaysia” katanya

Justeru Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya berkata, wacana dan naratif yang betul dan waras mengenai sejarah pembentukan Malaysia, amat perlu disemai terutamanya di kalangan generasi muda  supaya sentimen negatif tidak terus bersemarak yang akhirnya melemahkan sistem persekutuan, selain menghancurkan kedaulatan negara pada jangka panjang.

Menurut Bung  generasi muda sebagai pewaris dan merupakan kelompok terbesar mengisi ruang populasi kependudukan negara dimana  peranan mereka amat diperlukan bagi meneruskan agenda pembangunan negara pada masa hadapan

Sehubungan dengan itu Bung berkata anjakan paradigma, memiliki semangat patriotisme yang tinggi, akhlak yang baik  serta  kepentingan ketinggian falsafah ilmu hendaklah disemai dalam minda golongan muda  bagi membolehkan meneruskan agenda pembangunan negara

“Golongan muda wajar memenuhi masa dengan belajar dan mencari sebanyak mungkin pengalaman berharga untuk persediaan menempuh dunia yang lebih mencabar. Apatah lagi dunia hari ini bukan sahaja mempertaruhkan keperkasaan semata-mata, bahkan apa yang lebih penting   ketajaman fikiran untuk menentukkan untung nasib seseorang” katanya

Dalam pada itu Bung turut mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia dan mengajak rakyat khususnya di Sabah menzahirkan kesyukuran kerana perpaduan dan keharmonian rakyat terus menjadi asas kukuh dalam mengekalkan kestabilan,keamanan dan kemakmuran negara.

Pelbagai acara siap diatur bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia Peringkat negeri Sabah kali ini antaranya upcara menaikan jalur gemilnag  dan bendera negeri Sabah,  persembahan khas “Kelurga Malaysia Teguh Bersama oleh  artis artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, pesembahan hiburan artis-artis tempatan, dan  upcara memotong kek  Hari Malaysia 2022

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk  Seri Panglima (DR) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin,.Yang Amat Berbahagian Toh Puan Datuk Seri Panglima (DR) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni   dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor dijadualkan  hadir rke majlis ini.

 

 195 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.