Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Rambut golongan wanita di Huanglo panjang lebih 2 meter

0

BEIJING: Seorang wanita di bukit terpencil di wilayah Guangxi, China menjadi terkenal dalam TikTok selepas membongkarkan rahsia mengenai bagaimana rambut boleh tumbuh lebih lebat.

Wanita itu malah mendakwa rambutnya bertambah dua inci dalam sebulan selepas mencuba petua rahsia tersebut.

Petua kuno itu hanya menggunakan air beras yang ditapis dengan campuran beberapa sudu beras dan sedikit air paip biasa.

Kedua-dua bahan itu perlu disimpan dalam botol semburan dan larutan tersebut sama ada dibiarkan, ditapis atau digunakan serta-merta.

Golongan wanita di perkampungan Huanglo, China memiliki Rapunzel sebenar dengan kepanjangan rambut hitam legam mencecah 2.1 meter.

Di kawasan itu, terdapat 600 suku kaum terdiri daripada 78 keluarga.

Kebanyakan rambut wanita itu terjuntai hingga ke buku lali dengan 60 suku kaum mempunyai rambut panjang lebih 0.9 meter.

Sejak berabad-abad lalu, golongan wanita itu membilas rambut mereka dengan air beras yang digunakan bagi tujuan memasak.

Pan Jifeng, 51, adalah pemilik rambut terpanjang di kampung itu dengan ukuran 2.13 meter.

Wanita itu mengekalkan tradisi hanya memotong rambut sekali seumur hidup.

Katanya, rahsia turun temurun dari generasi ke generasi bagi memastikan wanita tempatan mempunyai rambut yang sihat dan berkilat.

“Penduduk kampung biasanya akan menyimpan air yang digunakan untuk mencuci pulut, dengan mencuci rambut mereka.

“Kami tidak pernah memotong rambut sejak lahir. Apabila mencapai umur 18 tahun, kami akan menggunting rambut pertama sebagai sebahagian daripada upacara yang menandakan gadis itu sudah dewasa dan boleh berkahwin,” katanya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.