KENINGAU (Sabah, Malaysia): Pengerusi Kumpulan Syarikat Hiap Lee – Koh Kian Ling @ Raymond Koh mengukuhkan kedudukannya untuk mengetuai Dewan Perniagaan Tionghua Keningau, apabila sekali lagi kekal sebagai Presdien bagi sesi 2016-2017.
Keputusan itu menyaksikan Raymond masih mendapat kepercayaan teguh dikalangan masyarakat Tionghua Keningau.
“Ini adalah pilihan tepat,” jelas pemerhati pada mesyuarat agung pemilihan organisasi itu yang ke 40 di Keningau.
Timbalan Presiden dan Naib Presiden dimenangi oleh Liew Kit Lim dan Chong Tou Chong manakala Ketua Penyelia dan Penolong Penyelia masing-masing disandang oleh Fong Fui Ming dan Siau Kok Chin. Jawatan Penolong Setiausaha dan Bendahari pula disandang oleh Go Jee Len @ Bety Goh.
Pengurus Am dan Pembantu Pengurus Am masing-masing dipegang oleh Chiew Ken Sun dan Fung Chan Seng.
Enam Ahli Jawatankuasa yang dipilih terdiri dari Chong Kong Ming, Lee Chen Peng, Ang Lui Ming, Hiew Ah Choi, Michael Ng Hong Kee dan Yap Chee Fook.
Terdahulu dalam pemilihan merebut 15 tempat teratas yang akan bertanding untuk jawatan tertinggi Dewan Perniagaan itu seramai 19 calon yang bertanding menyaksikan empat calon tersingkir terdiri daripada Chin Hon Shu, Ling Yin Me, Chow Chee Soong dan Ma Kin Yee.
Walau bagaimanapun dua daripada calon yang tersingkir diletakkan sebagai calon simpanan menurut perlembagaan Dewan Perniagaan itu.
Pengerusi pemilihan Fong Fui Ming berkata, menurut perlembagaan Dewan Perniagaan Tionghua, pemilihan awal untuk meletakkan 15 calon yang akan bertanding Ahli Jawatankuasa Tertinggi perlu dijalankan.
“Kemudian dikalangan 15 calon itu akan memilih secara undi sulit salah seorang daripada mereka sebagai Presiden dan diikuti dengan pemilihan jawatan-jawatan dibawahnya” katanya.
Tambahnya, Setiausaha dan Penolong Bendahari akan dilantik kemudian oleh Presiden atas persetujaun Ahli Jawatankuasa. – Oleh: KALAWON SALANGIT.