TENOM (Sabah, Malaysia): Datuk Radin Maleh berkata bahawa kerajaan akan terus menbina kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi di kawasan luar bandar di negeri ini sebagai platform untuk mencungkil bakat dan meningkatkan potensi para belia khususnya di luar bandar.
Katanya, Kementerian Belia Dan Sukan yang beliau terajui telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk pembangunan sukan di negeri ini.
Menteri itu menjelaskan bahawa penganjuran kejohanan-kejohanan sukan dan rekreasi juga akan meningkatkan penglibatan aktif g
olongan belia dalam aktiviti sukan dan rekreasi itu serta menjana kecerdasan minda dan disiplin diri rakyat khususnya golongan belia.
“Pelbagai acara sukan dan rekreasi juga dapat mengeratkan hubungan rakyat serta menjadi landasan mengukuhkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum,” katanya dan menambah rakyat khususnya golongan belia digalakkan agar rajin menyertai pelbagai skim serta program pembangunan lain yang boleh meningkatkan kemahiran diri serta pendapatan dikalangan mereka.
Radin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Melalap berkata demikian semasa merasmikan penutupan dan penyampaian hadiah Kejohanan Futsal Piala Datuk Radin Malleh anjuran Belia Kg. Entabuan, Tenom pada Ahad lepas (27 Mac 2016).
Menurutnya inisiatif belia Kg. Entabuan yang menganjurkan kejohanan itu amat baik kerana ia dapat mencungkil bakat dan menonjolkan potensi para belia tempatan dalam arena sukan di negeri ini.
Katanya kesungguhan, kerjasama dan semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua ahli pasukan dalam kejohanan ini juga dapat memupuk jati diri para belia berkenaan, tambahnya. — Oleh: KALAWON SALANGIT.